Monday, December 10, 2012

Katanya, konon......

Nyawa ini diperkosa
malu dan tipu
Ditipu madah konon lawak
menjaga kata
Perkataan satu persatu
disusun rapi
Menjaga hati

Minda ini dijerat
erat
Oleh budaya Melayu konon
santun Timur
Amanahnya dijaja
merata
Terbuang masa

Mata ini ditutup
kabur
Melihat baik palsu konon
yang betul
Lakonan mantap gegar
Nusantara
Katanya, Melayu.





9 Dis 2012
11:00pm

No comments:

Post a Comment