Sunday, July 15, 2012

Vanilla Roll


Bermimipi kita
Ke Ipoh seketika
Memerhati mata yang ligat bermain ditangan
Sedang roll sebatang dessert perisa vanilla
Bukan lolipop untuk kanak-kanak

Senggama disana
Beralun The Cure
Selepas menjamah Bob Marley Extra Crispy
Mendayung ke pagi
Tidur tengahari
Mimpikan hipsters berlagak dengan shisha
Sambil bertopengkan wajah gangster
Yang kita sama-sama benci

Disana aku perhati
Kepul-kepul awan comel gula-gula kapas merah jambu
Beraroma vanilla
Berasak lumba keluar
Dari mulut yang mengusap dahi
Dari mulut yang mengajak melayan video games
Tepat pada saat aku ditinggal sendiri

Sayang si Chewbacca
Jika tiba saat kau kehabisan gula-gula kapas merah jambu
Remember, I can be your vanilla roll




1 Jun 2012
10:22pm

Kimi Ismawi
@kimiismawi

3 comments:

  1. Aku nak dengar tulisan ini diiringi lagu :)

    ReplyDelete
  2. siapakah dia? sangat cool!

    ReplyDelete
  3. Pancakes! :)

    ReplyDelete