Sunday, February 26, 2012

Bangun

Bangun
Aku mahu kau sedar dari lena yang panjang
Bangun
Kita ada dunia yang perlu diteriak dengan warna ungu
Kita ada pawana yang perlu ditujah bara
Pawaka yang perlu dilemaskan dalam salji
Bangun.
Sekarang.


Saat sudah jauh berlari pergi meninggalkan kita berdua
Waktu itu kita leka dengan takut dan mimpi
Mimpi indah yang buat kita leka dan takut
Aku takut kita leka lagi
Dengan mimpi
Babi!
Aku tidak mahu bermimpi lagi!


Bangun sayang,
Mereka sudah tidak mampu menunggu
Mereka sudah lama berdiri disana melihat kita terkial-kial mencari pintu keluar dari khayalan
Mereka bukan batu
Kita perlu bangun
Mereka sudah tidak mampu menunggu


Kita tidak punya kuasa radioaktif klise filem aksi
Kita tiada itu ini untuk menggembirakan jasas-jasad hati luka
Aku hanya ada kau yang perlu dikejutkan
Kau hanya ada aku untuk bergerak


"Bangun!"
Kataku, mengejutkan semangat yang telah lama lena
Kita ada dunia yang perlu diteriak dengan warna ungu
Jagalah kamu










Kimi Ismawi
Februari 26, 2012. 2:25pm


ps. buat Jayzuan. Thank you for bringing back my spirit :)

No comments:

Post a Comment