Friday, January 20, 2012

Jatuh

Jiwa yang menggeletar tidak bermakna aku rapuh
Nyawa yang ligat mencari bayang bukan kerana suka akan malap
Nafas panas, kepala pusing, serabut, serabut, serabut bukan ada dalam doa

Serabut...

Serabut.......

Serabut............

Bukan aku yang menyangka....

Angkuhku bukan mencabar sesiapa, aku tidak sengaja....

Jatuhku tidak sengaja, senyumku bersahaja, siapa peduli, hatiku bukan besi, aku tidak suka begini, aku tidak sengaja, kataku bersahaja

Merangkak kesana kemari mengharap rezeki
Ludah ke langit kerana kau berdiri
Terkena sendiri

Terujakah kau melihat aku begini
Gembirakah kau jika aku berdiri

Tersungkur dalam hitam bukan kerana aku mahu
Aku tidak sengaja......

Jatuh kau juga tidak pernah aku pinta......

Aku tidak sengaja......

Jatuhku bukan kerana aku lemah
Jatuhku kerana mata kau indah

Tolong aku berdiri kembali......





Kimi Ismawi 
18 Januari, 2012. 9:47pm